| |
SYARAT
MENYERTAI PENGAJIAN BIOTEKNOLOGI
Untuk menyertai pengajian dalam bidang
bioteknologi di sesebuah institusi
pengajian tinggi awam atau swasta,
seseorang pelajar perlu memiliki gred
yang cemerlang di peringkat STPM
atau A -Level dalam mata pelajaran
kimia, fizik, matematik dan biologi.
Siswa-siswi di Universiti tempatan juga
dikehendaki lulus peperiksaan MUET.
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Malaysia Sabah, Universiti
Malaysia Sarawak. Universiti Putra
Malaysia dan International Islamic
University Malaysia menawarkan
Program Bachelor of Biotechnology
yang memakan masa tiga tahun (6 hingga 8
semester).
Monash University
Malaysia, Kolej Damansara
Utama (KDU) dan Asian Institute of
Medicine, Science and Technology (AIMST)
juga menawarkan program ijazah 3 tahun
dalam bidang ini.
Kos program ini adalah dianggarkan di
antara RM 20,000 dan RM 25,000. Para
pelajar yang ingin melanjutkan pengajian
adalah dinasihatkan supaya menyemak
dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk
mendapat tahu sama ada atau tidak
program yang dijalankan oleh
institusi-institusi ini diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia.
Beberapa universiti di Australia, New
Zealand, Canada, United Kingdom dan
Amerika Syarikat menawarkan kursus
ijazah jangka masa tiga tahun dalam
bidang ini. Senarai
universiti-universiti luar negara yang
diiktiraf boleh diperoleh daripada
Jabatan perkhidmatan Awam.
sektor bioteknologi mempunyai potensi
tinggi dan akan memainkan peranan
terpenting di Negara kita
selama-lamanya.
Lantaran itu, para pelajar perlu
menceburkan diri secara bergiat dalam
bidang ini.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Memandangkan bidang ini berpotensi untuk
maju, banyak universiti tempatan
menawarkan program ini di peringkat
sarjana muda antaranya
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Malaya (UM), Universiti
Sains Malaysia (USM), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia
Sabah (UMS), dan Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM).
Sementara itu banyak universiti luar
negara seperti di Amerika Syarikat,
United Kingdom, Australia, Kanada, New
Zealand dan Jepun juga menawarkan bidang ini.
Semasa pengajian anda akan mempelajari
beberapa disiplin berkaitan termasuk
biokimia, mikrobiologi, genetik dan
biologi perkembangan. Anda juga akan
didedahkan dengan teknologi baru seperti
pemprofilan DNA genom, teknologi DNA
rekombinan, teknologi hibridoma, kultur
tisu dan sel, kejuruteraan protein,
teknologi enzim, bioteknologi tumbuhan
dan haiwan di samping teknik-teknik
penyelidikan terkini dalam biologi
molekul.
|
|