Home  > Muka Hadapan

     Hari ini,

        

Pengenalan

Cabang Bioteknologi

Sejarah

Kepentingan Bioteknologi

Dasar Bioteknologi Negara

Pendidikan Bioteknologi

Peluang Kerjaya

Berita Bioteknologi

Tips Bioteknologi

Laman Rujukan

Pautan Laman Berkaitan

Bioteknologi Di SMK Berangan

 

   

  

 Panitia Sains SMKB

 Makmal Sains

 

 

 

 Topsites - AlamSiber.Com.My

Hubungi Kami

smkb@smkberangan.com


     Pembangunan Bioteknologi Ke arah peningkatan kualiti hidup masyarakat

 

    

              

Petani melakukan pengklonan dengan memotong batang rayap ubi keledek dan menanamkannya. Setelah batang rayap itu ditanam, ia akan tumbuh menjadi pokok-pokok ubi keledek yang baru. Pokok-pokok ubi keledek ini merupakan klon ubi keledek dan mempunyai kod genetik yang sama dengan pokok induknya. Penanaman secara keratan, tut, bebawang dan belahan umbisi merupakan cara-cara pengklonan yang diamalkan oleh petani sejak zaman dahulu.

Dengan contoh mudah di atas, tentunya membuatkan anda akan tertarik dengan Bioteknologi.
'

 

 

Pengenalan Bioteknologi

Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :

 

1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi

2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman

3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus

 

Bioteknologi  adalah suatu teknik saintifik yang menggunakan sel-sel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki bagi i tujuan-tujuan yang tertentu.

Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

 

Sebenarnya, bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang baru. la telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun dahulu dan teknologi ini semakin dimajukan mengikut perkembangan semasa.

 

Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi meliputi proses tradisional seperti membuat roti, wain, keju. Malah penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga melibatkan bioteknologi.

 

Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan analisis saintitik yang rapi. Bidang bioteknologi kini terlibat dalam bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan dan persekitaran manusia.

 

Misalnya dalam bidang kesihatan, bio­teknologi digunakan untuk menghasilkan antibiotik, hormon dan vaksin. Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuk pengawalan serangan mengunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkat tumbesaran.

 

Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula melalui proses teknologi fermentasi. Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik.

 

Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia dalam kawasan Tropika yang kaya dengan sumber asli yang bernilai, cara terbaik un­tuk memanfaatkan sumber ini ialah dengan menggunakan bioteknologi.

 

 

 

 

 

 

 

               

    

                              
 

Hakcipta  - SMK Berangan, Tumpat, Kelantan