|
Cabang Bioteknologi
1.
Bioteknologi Tradisional
2.
Bioteknologi Moden
Bioteknologi Tradisional.
Contoh-contoh Bioteknologi tradisional
ialah pembuatan baja organic serta baja
kimia, agen biokawalan, sel serta kultur
tisu.
Bioteknologi Moden
Bioteknologi Moden membabitkan kombinasi
kejuruteraan genatik seperti genomic,
bioinformatik, tranformasi molekul,
pembiakan, diagnostic dan teknologi
vaksin.
Bioteknologi dan Industri
1. Industri pertanian
2. Industri ternakan
3. Perubatan
Industri pertanian

Dalam industri pertanian, petani-petani
banyak mengalami masalah yang mampu
menggugat hasil pendapatan mereka. Ini
menyebabkan ramai generasi-generasi baru
tidak berminat mengusahakan industri
disebabkan
hasil pendapatan mereka yang
tidak menentu. Maka dengan menggunakan
bioteknologi masalah kesuburan tanaman,
jangkitan penyakit dan haiwan perosak
serta pengaruh alam sekitar dapat
dikurangkan.
Dengan penggunaan teknologi genetik,
tumbuhan yang dihasilkan akan lebih
bermutu dan produktif. Sebagai contohnya
:
Buah yang besar
Buah tanpa biji
Tumbuhan yang lebih tahan dengan
serangan penyakit dan haiwan perosak
Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak
dengan perubahan alam sekitar.
Industri
ternakan

Penggunaan teknologi ini sangat penting
dalam menampung keperluan protein
manusia seluruh dunia.
Contohnya :
- Kambing yang menghasilkan susu yang
lebih banyak
- Ayam yang menghasilkan telur yang
lebih besar dan bervitamin
- Ikan yang lebih besar dan tahan lasak
dengan keadaan persekitaran
Gen-gen yang berguna telah diselitkan
kepada haiwan ini semasa dalam keadaan
persenyawaan invitro dan sel telur yang
telah disenyawakan dipindahkan kepada
ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran
berikutnya. Anak yang baru lahir ini
akan mempunyai ciri-ciri yang telah
dibawa oleh gen yang telah diterapkan.
Perubatan

Dalam perubatan penghasilan seperti
hormon-hormon khusus, vaksin,
antibiotik, dan pendermaan organ atau
sel khusus adalah intipati penting dalam
menyelamatkan nyawa manusia.
|